Playlist

Wednesday, 11 April 2018

PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E (L)






11 APRIL 2018 / RABU / MAAHAD AL-SABIRIN 

   Satu pertandingan Kalam Jamai'e peringkat zon 8 yang berlansung di musalla Maahad Al-Sabirin.
Pertandingan ini disertai oleh 3 buah sekolah di bawah zon 8. Antara sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Maahad Raudhah An-Nazirin, SMU(A) Nadhatul Ulum dan Maahad Al-Sabirin.

   Pertandingan ini dimenangi oleh Maahad Al-Sabirin tempat pertama dan diikuti tempat kedua oleh Maahad Raudhah An-Nazirin, seterusnya tempat ketiga oleh SMU(A) Nadhatul Ulum.

   Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid daripada kumpulan nasyid sekolah Mukhlisun.

Sunday, 8 April 2018

PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E (P)


01 APRIL 2018




01 APRIL 2018 / AHAD / MAAHAD RAUDHAH AN-NAZIRIN

    Satu pertandingan Kalam Jamai'e peringkat zon 8 yang berlangsung di dewan Maahad Raudhah An-Nazirin, Jerimbong. Pertandingan ini disertai oleh 4 buah sekolah di bawah zon 8. Antara sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah Maahad Raudhah An-Nazirin, Maahad Al-Sabirin, SMU(A) Ansoriah dan SMU(A) Nurul Ihsan.

   Pertandingan ini dimenangi oleh Maahad Raudhah An-Nazirin tempat pertama dan diikuti tempat kedua oleh Maahad Al-Sabirin, seterusnya tempat ketiga oleh SMU(A) Ansoriah dan tempat keempat dimenangi oleh Maahad Batu Melintang.

KURSUS PROFESIONALISME GURU





31 MAC 2018 / SABTU / DEWAN PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM, TANAH MERAH

   Kursus ini diadakan untuk meningkatkan profesionalisma keguruan. Kursus ini menitikberatkan konsep "UMI" Ubudiyyah, Mas'uliah dan Itqan. Kursus ini disertai oleh semua guru yang berada di Zon-8. Antaranya, Maahad Al-Sabirin, Maahad Raudhah An-Nazirin, SMU(A) Ad-Diniah, SMU(A) Nadhatul Ulum, SABK Darul Ulum, SMU(A) Ansoriah, SMU(A) Nurul Ihsan.

   Kursus bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 2 petang. Penceramah terdiri daripada Dato' Johari Bin Mat dan Cikgu Nik Abdul Rahman.

KEJOHANAN SUKAN ZON 8






29 MAC 2018 / KHAMIS / SMU(A) ANSORIAH, KEMAHANG

   Kejohanan sukan peringkat Zon-8 di SMU(A) ANSORIAH, KEMAHANG diadakan untuk memilih atlit-atlit yang berbakat untuk mewakili Zon-8 ke peringkat MASSAK. Sekolah yang bertanding antaranya,  Maahad Al-Sabirin, Maahad Raudhah An-Nazirin, SMU(A) Ad-Diniah, SMU(A) Nadhatul Ulum, SABK Darul Ulum, SMU(A) Nurul Ihsan dan SMU(A) Ansoriah sebagai tuan rumah. Acara yang dipertandingkan ialah, bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, ping pong.

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU MAAS






27 MAC 2018 / RABU / MAAHAD AL-SABIRIN

   Majlis perpisahan ini diadakan khas untuk meraikan guru-guru sebagai tanda terima kasih atas jasa dan pengorbanan mereka selama ini terhadap MAAS, dan semoga segala jasa dan bakti mereka dapat diteruskan walaupun berada di tempat yang lain.

   Guru yang diraikan antaranya, Ustaz Shafei bin Abdullah, Ustaz Razali bin Mamat, Cikgu Ahmad Zaki bin Muhammad dan Sir Mohd Azhan bin Nordin. Semoga Allah selalu melindungi dan merahmati mereka walau di mana mereka berada. Warga MAAS akan selalu mengenang mereka hingga akhir hayat.

TAMRIN QIADI






15-17 MAC 2018 / KHAMIS-SABTU / TELAGA BIJIH CAMPSITE

  Program ini diadakan bertujuan untuk melatih para pelajar yang diwakili dari pelbagai jawatan untuk menjadi seorang pemimpin dalam segenap aspek. Antara peserta yang mewakili program ini terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, badan dakwah, ketua-ketua badan / persatuan / kelab dan ketua / penolong ketua kelas.

   Antara fasilitator yang mengendalikan Tamrin Qiadi ini terdiri daripada Alumni MAAS.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM






15 MAC 2018 / KHAMIS / DEWAN AS-SIDDIQ MAAHAD AL-SABIRIN

   Slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah diagihkan kepada semua pelajar lepasan SPM. Pelbagai suka dan duka pelajar yang dapat disaksikan pada hari tersebut. Sekalung tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Kepada pelajar yang tidak berjaya usah terlalu bersedih kerana masih boleh berusaha untuk memperoleh kejayaan. InshaaAllah...

PERASMIAN BADAN DAKWAH







04 MAC 2018 / AHAD / DEWAN AS-SIDDIQ MAAHAD AL-SABIRIN

   Majlis perasmian ini dilancarkan bertujuan untuk merasmikan badan dakwah islamiyyah (BADRIN) bagi memulakan kegiatan mereka di sekolah. Antara aktiviti yang bakal mereka lakukan seperti qiamullail, usrah, ops couple, tazkirah terbuka dan kempen jaga aurat. Moga aktiviti yang dilakukan ini dapat menambahkan pengetahuan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar MAAS.

PESTA KO-KURIKULUM











28 FEBRUARI 2018 / RABU / MAAHAD AL-SABIRIN

   Pesta Ko-Kurikulum (PESKO) telah dilangsungkan dengan gilang-gemilang sebagai kemuncak kejohanan sukan di peringkat sekolah. Semua guru dan pelajar setiap rumah sukan biru, merah, hijau dan kuning terlibat dengan aktiviti ini. Pada hari yang pertama, pertandingan kalam jamai'e, nasyid, syarahan bahasa melayu, arab dan inggeris diadakan. Gerai jualan makanan oleh wakil pelajar juga sudah mula beroperasi.

   Pada hari yang kedua, acara merentas desa diadakan untuk pelajar dan guru lelaki manakala senamrobik untuk pelajar dan guru perempuan. Kemudian disusuli dengan acara pertandingan sukan peringkat akhir bagi menentukan pemenang. Akhir sekali, berlangsungnya acara dewan bagi mengumumkan pemenang-pemenang bagi setiap acara dan menutup Pesta Ko-Kurikulum bagi tahun 2018.    

CERAMAH AMAN PALESTIN








21 FEBRUARI 2018 / RABU / MUSALLA MAAHAD AL-SABIRIN

   Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meluaskan pengetahuan para pelajar dan meningkatkan kesedaran mereka terhadap keadaan Palestin pada hari ini. Ia juga untuk menceritakan sejarah bagaimana boleh bermulanya serangan yang dahsyat oleh tentera Zionis laknatullah di bumi barokah itu.

   Ceramah disampaikan oleh pegawai daripada badan Aman Palestin yang bertugas. Pelbagai pengisian menarik yang telah disampaikan. Soalan diajukan kepada para pelajar dan cenderahati diberikan kepada yang bertuah. Cenderahati kenang-kenangan juga diberikan kepada pihak sekolah yang diwakili oleh Penolong Kanan Hem, Ustaz Zahari bin Abdul Rahman. Tabung derma diagihkan kepada sesiapa yang mahu menderma untuk membantu nasib saudara seislam kita di sana.

   


LAWATAN GURU KE MAAHAD AL BI'SATUDINIAH HAJI HARUN, YALA








15 FEBRUARI 2018 / KHAMIS / MAAHAD AL BI'SATUDINIAH

   Lawatan yang disertai oleh 20 orang guru MAAS bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dalam aspek Pentadbiran, Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Keceriaan. Rombongan kami disambut dengan baik oleh Penolong Kanan Hem mewakili Mudir Madrasah. Pengalaman yang diperolehi daripada lawatan ini amatlah bermakna. Semoga apa yang jernih daripada mereka dapat kita adaptasikan kepada sekolah kita agar dapat menuju MAAS yang lebih baik di masa hadapan.

PROGRAM GALAKKAN MEMBACA






13 FEBRUARI 2018 / SELASA / MUSALLA MAAHAD AL-SABIRIN

   Program ini dianjurkan oleh wakil Perpustakaan Desa Zon-2. Tujuan program ini dilakukan adalah untuk memupuk dan mengalakkan para pelajar untuk membaca. Pelbagai acara menarik yang telah diadakan seperti melukis poster, menghafal resepi, menulis khat, menganyam khat khufi dan menulis dengan tangan kiri. Hadiah-hadiah yang menarik diberikan kepada para pemenang. Hadiah cabutan bertuah juga diberikan kepada mereka yang bertuah. Majlis diakhiri dengan penceramah yang dijemput iaitu Ustaz Mohd Syakirin bin Yuslan.

MAJLIS PERPISAHAN USTAZ RAZALI






08 FEBRUARI 2018 / KHAMIS / MUSALLA MAAHAD AL-SABIRIN

   Majlis perpisahan ini diadakan sebagai tanda mengingati jasa dan pengorbanan Ustaz Lie Ceria selama ini di MAAS. Semoga Allah sentiasa melindungi, merahmati dan memberi kesihatan kepada beliau. Semua warga MAAS bakal merindukan beliau. Walaupun beliau tiada di sini, kehadiran beliau terasa seperti selalu ada.

BENGKEL BAHASA ARAB PT3






04 FEBRUARI 2018 / AHAD / MUSALLA MAAHAD AL-SABIRIN

   Bengkel ini diadakan untuk memperbaiki kemahiran pelajar dalam menguasai bahasa arab dengan sebaik mungkin. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3 (PT3) dan di uruskan oleh Alumni MAAS. Semoga dengan adanya program seperti ini, pelajar dapat memperbaiki kefahaman mereka terhadap bahasa arab.

PERLANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN






04 FEBRUARI 2018 / AHAD / MAAHAD AL-SABIRIN

   Majlis perlantikan ini dilancarkan bertujuan untuk merasmikan pengawas perpustakaan sekolah bagi memulakan kegiatan mereka di sekolah terutamanya di perpustakaan. Pelancaran ini dimulakan dengan gimik, disusuli dengan ikrar daripada semua ahli PSS. Semoga semua ahli dapat melakukan tugas dan amanah mereka dengan baik juga bertanggungjawab.

PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E (L)

11 APRIL 2018 / RABU / MAAHAD AL-SABIRIN     Satu pertandingan Kalam Jamai'e peringkat zon 8 yang berlansung di musal...