Playlist

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH


Catatan Sejarah Penubuhan MAAS
SEJARAH RINGKAS MENGENAI MAAHAD AL-SABIRIN AYER LANAS (MAAS)
17700 AYER LANAS, KELANTAN.

PENDAHULUAN :

Pada tahun 60-an merupakan titik-titik perkembangan sekolah-sekolah agama di Negeri Kelantan Darul Naim. Sekolah-sekolah agama ditubuhkan di sana-sini bagaikan cendawan yang tumbuh di atas tanah. Perkembangan ini juga telah sampai ke Kampung Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.
Kampung Ayer Lanas adalah sebuah kawasan tanah rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kira-kira pada tahun 1957 yang lampau. Penghuni di rancangan ini merupakan penduduk yang datang dari semua jajahan di negeri Kelantan yang telah dipilih oleh pihak kerajaan untuk meneroka dan memajukan tanah rancangan. Justeru, semua blok penempatan di Kampung Ayer Lanas dinamakan mengikut jajahan masing-masing.
Daripada golongan peneroka ini terdapat beberapa orang cerdik pandai dan mereka yang berpengetahuan luas dalam ilmu pengetahuan agama. Arus perkembangan sekolah-sekolah agama di Kelantan telah membawa arusnya ke Kampung Ayer Lanas dengan tertubuhnya sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Al-Sabirin Ayer Lanas.



FAKTOR-FAKTOR PENUBUHAN MAAHAD AL-SABIRIN, AYER LANAS.

Sekolah ini telah ditubuh dan diasaskan pada awal tahun 1960 oleh Tuan Haji Abdul Jalil Bin Yusof iaitu salah seorang peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Ayer Lanas dan juga merupakan seorang guru agama di sini dengan bantuan fikiran dan tenaga oleh anak tirinya, Ustaz Shamsuddin Bin Yunus. Memandangkan pada masa itu tidak ada sekolah menengah untuk dijadikan sekolah lanjutan kepada murid-murid yang telah tamat darjah enam di kawasan tanah rancangan ini. Walaupun Sekolah Aneka Jurusan telah wujud tetapi ia masih dalam peringkat percubaan.
Hasil daripada bantuan buah fikiran Ustaz Shamsuddin, Haji Abdul Jalil dan beberapa peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam pendidikan telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah sekolah agama kepada anak peneroka Ayer Lanas.

1. Antara garis panduan penubuhan sekolah ini ialah :

1.1       Hendaklah membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada orang-orang berpengaruh untuk menjadi ahli jawatankuasa kemajuan sekolah. Nama mereka yang menyandang AJK tersebut yang dipersetujui ialah :

En. Abd Samad Bin Deraman                                                     Pengerusi
(seorang peneroka yang kemudiannya menjadi ADUN Jeli)
Ismail Bin Mamat                                                                      Naib Pengerusi
Haji Abdul Jalil Bin Yusoff                                                                               Setiausaha
Shamsuddin Bin Yunus                                                              Pen. Setiausaha
Haji Taib Bin Awang Mat                                                          Bendahari
Hussin Bin Ibrahim                                                                   AJK
Ismail Bin Awang                                                                     AJK
Adam Bin Abdullah                                                                  AJK
Mat Zain Bin Omar                                                                   AJK
Wan Noh Bin Wan Salleh                                                          AJK
Hassan Bin Abdullah                                                                AJK
Samat Bin Salleh                                                                     AJK
Wan Chik Bin Wan Mat Amin                                                    AJK
Zakaria Bin Mohamad                                                              Pemeriksa kira-kira
Muhamad Bin Abdullah                                                            Pemeriksa kira-kira


1.2       Hendaklah mencari nama yang sesuai bagi pendaftaran sekolah yang akan diadakan itu. Haji Abdul Jalil akhirnya bersetuju dengan cadangan Ustaz Shamsuddin untuk menamakan sekolah ini : Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas, Kelantan. Nama ini diambil sesuai dengan kanak-kanak yang akan belajar pada masa itu boleh dikatakan terdiri daripada anak-anak peneroka yang miskin yang mesti bersabar dalam menghadapi kesusahan hidup dan bersabar untuk membangunkan sekolah agama Arab yang telah dicadangkan itu.

1.3       Menyediakan tempat yang agak sesuai untuk belajar.
      Haji Abdul Jalil selaku pengasas maahad ini bersetuju supaya surau Ayer Lanas dijadikan tempat belajar sementara

1.4       Menyediakan tenaga pengajar (guru).
       Haji Abdul Jalil juga sanggup berkhidmat menjadi tenaga pengajarnya.

1.5       Hendaklah ada murid-murid yang ingin belajar (mencari murid)
      Haji Abdul Jalil juga sanggup mendaftar murid-murid dari rumah ke rumah.

1.6       Habuan guru.
      Haji Abdul Jalil sanggup mengajar buat sementara waktu secara sukarela sahaja.

      Semua garis panduan ini dipersetujui oleh orang ramai.


2.      (Permulaan tahun 1977 pusat peperiksaan SPM di Madrasah Al-Sabirin ditutup dengan arahan pejabat JASA yang mengarahkan semua tingkatan 5 sekolah-sekolah agama (bantuan) di Kelantan ditutup dengan pusat SPM ini dibuka semula pada tahun 1985 )
      - Pada tahun 1993 - permulaan pusat peperiksaan STU
      - Pada tahun 1994 - pemulaan pusat peperiksaan STPM



Pembinaan Bangunan Tambahan 3 Tingkat

Pada tahun 1998 , satu bangunan 3 tingkat telah dibina oleh Yayasan Islam Kelantan. Bangunan ini terdiri daripada 13 buah bilik darjah, sebuah pejabat, makmal dan bilik gerakan. Ianya telah dirasmikan oleh  Tuan Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Pada tarikh 13 Rabiul Thani 1419 H/06 Ogos 1998 M.

Sambutan Jubli Emas Maahad Al-sabirin

Sambutan ini telah diadakan pada hari khamis ,18 Rejab 1431 H bersama 01 julai 2010 M. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abd Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.


Wajah sekarang 2018

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN KALAM JAMAI'E (L)

11 APRIL 2018 / RABU / MAAHAD AL-SABIRIN     Satu pertandingan Kalam Jamai'e peringkat zon 8 yang berlansung di musal...